Webinar Keselamatan Siber: Lindungi Cctv & Wifi Rumah Anda
10 April 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Presint 9 Fasa 3 dengan kerjasama NADI Cybersecurity Lifelong Learning telah menganjurkan satu sesi webinar secara langsung bertajuk “Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan WiFi Rumah dari Digodam”.
📅 Tarikh: 09 April 2026
🕒 Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👨👩👧👦 Pesserta: 1 Lelaki, 1 Perempuan
Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan digital, khususnya dalam melindungi rangkaian WiFi rumah dan sistem CCTV daripada ancaman penggodaman.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan:
🔐 Langkah asas keselamatan rangkaian WiFi
🔐 Cara melindungi sistem CCTV daripada akses tidak sah
🔐 Amalan terbaik dalam menjaga keselamatan data di rumah
Program ini terbuka kepada individu yang:
✅ Berdaftar sebagai ahli NADI
✅ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity
Inisiatif ini diharap dapat membantu komuniti setempat lebih peka terhadap ancaman siber serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya dalam kehidupan harian.
📍 Orang ramai dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi NADI Presint 9 Fasa 3.
“Keselamatan Digital Tanggungjawab Bersama”
Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
